Sistem Penterjemah Bahasa

Pengenalan Sistem

Sistem Penterjemahan Bahasa atau nama singkatannya sistem MT (Machine Translation) berfungsi sebagai penterjemah bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Namun perlu dimaklumkan bahawa kemampuan terjemahan sistem ini adalah pada tahap membantu pengguna atau pembaca mendapat maksud keseluruhan (gist) artikel yang dibacanya.

Sistem MT buat masa ini membantu melaksanakan terjemahan laman web bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Penterjemahan adalah lebih ditumpukan dalam bidang Pertanian dan Kesihatan. Terjemahan untuk bidang lain akan diperkembangkan di masa hadapan. Begitu juga terjemahan dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris sedang dalam perancangan.

Kaedah penggunaannya adalah mudah dengan mengikut langkah-langkah penggunaan yang disediakan.